CERITA UPIN & IPIN

Selasa, 24 Desember 2013

Promosi Jelajah Mini Karnival Upin & Ipin 2013

Di dalam debaran menantikan tarikh Mini Karnival Upin & Ipin yang bakal dilangsungkan pada hujung minggu ini, Upin & Ipin telahpun membuat kejutan di beberapa buah lokasi sempena dengan promosi jelajah yang diadakan. Promosi Jelajah ini sebenarnya diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat dan keseronokkan debaran menanti hari karnival nanti. Kebanyakkan dari pengunjung yang ditemui, sememangnya tertunggu-tunggu karnival ini lebih-lebih lagi ianya diadakan pada cuti persekolahan. Promosi Jelajah ini hanya mengambil masa selama satu hari sahaja dan telah berjaya singgah ke hampir 10 lokasi yang berbeza.
Lokasi jelajah pertama Upin & Ipin adalah di Kedai Makan Upin & Ipin di Giant Hypermarket USJ. Setelah hampir 10 minit berada di situ, lokasi yang ke dua adalah di pejabat Mamee yang terletak hampir dengan Kedai Makan Upin & Ipin. Kalau nak tahu, Mamee merupakan diantara penaja bagi Mini Karnival Upin & Ipin ini. Di sini, Upin &  Ipin telah di bawa berjalan-jalan di sekitar pejabat Mamee sambil bergambar dengan kakitangan Mamee. Mamee juga akan berada di Dewan Sri Putra Bukit Jalil untuk mempromosikan snek Mamee mereka serta Mamee Chef terbaru.







DAN PERKENALKAN NAMA SAYA NANDO
SILAHKAN DI LIKE YA






Tidak ada komentar:

Posting Komentar